Kau rasa hidup kau susah?? Sebenarnya ada lagi yang susah dekat luar sana. Nak makan pun tak mampu. Yaa aku bersyukur sangat dengan hidup aku walaupun tak sekaya dan semewah orang lain.
Tapi kadang kadang rasa sedih dan perasaan untuk berputus asa dalam hidup selalu ada. Aku hanyalah gadis yang dulu bergantung harap dengan ibubapa. Tapi sekarang semua tidak lagi selepas perginyaa mereka buat selama lamanya.
Orang sekeliling tidak jemu memberi kata kata semangat untuk terus aku kuat. Tapi sampai bila aku kuat? Ada masanya aku jatuh jugak. Tak semudah itu untuk terus kuat.
Hidup aku memang nampak gembira sentiasa. Tapi ada orang tahu keadaan aku apabila aku terjaga tengah malam sebab termimpikan arwah mak, bangun tidur hidup rasa sunyi. Tak ada seorang pun yang tahu. Aku tak menangis depan orang. Konon nampak tabah dan kuat. Hakikat bilik air jadi saksi. Setiap kali mandi!
Soal kerja, aku berharap sangat dapat kerja lain. Sementara nak dapat kerja lain aku perlu bertahan disini. Aku tak boleh selenang lenangnya berhenti kerja dan balik kampung. Tak ada siapa yang akan tanggung aku. Ingat kau bukan macam orang lain yang masih ada mak bapak. Macam mana susah kena maki, dibuat macam kuli aku tetap kena bertahan. Sebab takkan ada yang peduli kau kena maki ke apa. Yang penting kau ada kerja dan duit untuk tanggung diri sendiri.
Kadang aku punya sedih tak tahu nak gambarkan macam mana. Masa tengah makan pun aku boleh menangis. Makan kan sesuatu yang menggembirakan tapi bagi aku sedih sebab aku terlalu pikir masa depan aku. Aku selalu rasa macam aku hidup keseorangan dalam dunia. Sebatang kara tak ada siapa peduli.
Entahlah.