Friday, 14 February 2014

Kisah hidup yang sedih.

Kau rasa hidup kau susah?? Sebenarnya ada lagi yang susah dekat luar sana. Nak makan pun tak mampu. Yaa aku bersyukur sangat dengan hidup aku walaupun tak sekaya dan semewah orang lain.

Tapi kadang kadang rasa sedih dan perasaan untuk berputus asa dalam hidup selalu ada. Aku hanyalah gadis yang dulu bergantung harap dengan ibubapa. Tapi sekarang semua tidak lagi selepas perginyaa mereka buat selama lamanya. 

Orang sekeliling tidak jemu memberi kata kata semangat untuk terus aku kuat. Tapi sampai bila aku kuat? Ada masanya aku jatuh jugak. Tak semudah itu untuk terus kuat.

Hidup aku memang nampak gembira sentiasa. Tapi ada orang tahu keadaan aku apabila aku terjaga tengah malam sebab termimpikan arwah mak, bangun tidur hidup rasa sunyi. Tak ada seorang pun yang tahu. Aku tak menangis depan orang. Konon nampak tabah dan kuat. Hakikat bilik air jadi saksi. Setiap kali mandi!

Soal kerja, aku berharap sangat dapat kerja lain. Sementara nak dapat kerja lain aku perlu bertahan disini. Aku tak boleh selenang lenangnya berhenti kerja dan balik kampung. Tak ada siapa yang akan tanggung aku. Ingat kau bukan macam orang lain yang masih ada mak bapak. Macam mana susah kena maki, dibuat macam kuli aku tetap kena bertahan. Sebab takkan ada yang peduli kau kena maki ke apa. Yang penting kau ada kerja dan duit untuk tanggung diri sendiri.

Kadang aku punya sedih tak tahu nak gambarkan macam mana. Masa tengah makan pun aku boleh menangis. Makan kan sesuatu yang menggembirakan tapi bagi aku sedih sebab aku terlalu pikir masa depan aku. Aku selalu rasa macam aku hidup keseorangan dalam dunia. Sebatang kara tak ada siapa peduli.

Entahlah.  

Thursday, 6 February 2014

Dinner date with girlfriends.

Hari rabu last week, Ikah dengan Leen datang ambik aku dekat Ipoh nak balik Lenggong. Yeayyy! :D Rajin betol Leen. Heeee. Tapi elok sangat la pun sebab aku bawak balik bakul besar baju kotor. Takkan nak naik bas pulak kan. Memang tak laa! Lagi satu sebenarnya Leen nak makan dekat Thumb's Cafe. Pandai dia kekonon baik hati nak ambik aku tapi sebenarnya ada agenda lain. Hahaha. Eh tak, sebenarnya Leen memang baik pun *muntah hijau*

The next day, Ikah sent me back to Ipoh. Wahhh, bestfriend saya semua baik hati ;) Hihihi. Lagipun Ikah nak ambik cupcake dekat rumah Angah dia dekat Gunung Rapat then hantar dekat rumah kakak kawan dia dekat Tambun. Petang tu Leen rushing balik KL hantar bf dia dekat hospital, had a emergency case so she cant's join us. Me and Ikah gerak pergi Ipoh around 6.30 p.m. after enjoyed our laksa dekat kedai mat kuai. Serious sedapppppp gilaaaaaa! Aaaa sekarang pun teringin *drooling*. Siap tapau untuk Rizal sekali. Sampai dekat rumah angah Ikah around 7.40 p.m. but then Leen called, dia ada dekat area Ipoh and she said she wants to join us. Kitaorang suruh dia tunggu dekat RnR tol ipoh. Sampai sana, tukar naik kereta Leen and kereta Ikah tinggal. Lepas hantar cupcake dekat Tambun plus laksa Rizal tadi dekat rumah dia, we went to El Negra Bistro + Studio for dinner. Yeayyy makan timeeeee :D But too bad, food semua dah habis only have chicken sandwich. We just ordered one set chicken sandwich and tiramisu. For drink, me and Ikah ordered chocolate iced and Leen, latte iced. The chicken sandwich  sangat sedap! For me laa, taktahu taste orang lain macam mana kan. After finished our food and snap snap picture session, kitaorang pun balik hantar Ikah dekat kereta. Ikah balik Lenggong dan aku dengan Leen balik rumah sewa aku sebab Leen too tired nak balik Lenggong or maybe she wants to spend more time with me. Kihkihkih :p


















p/s : gambar semua dekat El Negra, dekat Thumb's tak upload.

Monday, 27 January 2014

Bernafas.



Aku pemalas,

Jadi aku suka pura pura mati.

Tapi kadang kadang,

Kantoi perut aku gerak.

-Bay Mushawwir-









*copy paste from dinding khizanat.

Wednesday, 22 January 2014

Perak vs Pahang.

Sejak duduk Ipoh aku rajin jugak pergi stadium tengok game Perak. Asal ada game mesti bbm Rizal buat ayat manja sikit ajak dia pergi. Hahaha. Alahh rizal pun memang fanatik dengan bola so quiet easy nak ajak dia pergi. Pssstt! Dia siap ajak aku kahwin before World Cup start. Motifff? Sebab boleh tengok game bola sama sama. Hahaha. Memang tak dapat la kan. Confirm tak sempat.

Petang semalam Ikah whatsapp aku gambar schedule game Perak. Kemain sangat kan memahami sahabatmu ini. Hihihi. She asked me whether nak pergi ke tak because she knows i love football. Dia tanya je laa bukan dia nak pergi pun sebab dia dekat Lenggong. Aku jawab tak tahu lagi. Duit pun tengah takde. Heee. Tapi niat memang nak pergi cuma bila pikir balik Rizal takde dekat sini, Koman pulak mesti penat baru balik kerja and plus motor je ada dekat rumah. So aku batalkan je la niat nak pergi tuu.

Balik kerja tetiba mood rajin datang terus masuk dapur masak nasi, sardin dan sayur campur. Simple! Dah itu je aku pandai masak. Me is sad. Hahaha. Okay stop bab masak. Disebabkan Koman tak balik kerja lagi dan perut aku dah menagih merayu mintak makanan, so aku pun makan dulu sambil layan Ariana Rose dekat tv3. Hihihi. Koman reached home around 7.30 p.m. Sembang sembang kejap then aku ajak dia layan movie Highland Tower. Dia suruh aku layan dulu sebab dia nak mandi apa semua. Lepas mandi, dia nak makan kejap. Masa tengah makan dan aku baik punya layan Highland Tower tadi, tetiba Koman ajak pergi tengok bola. Aku terus pause laptop and pandang muka dia. "Serious ke? Serious? Serious?" Beribu kali jugak la pertanyaan serious aku tuu. Nasib tak dilempang dek Koman. Hahaha. Masa tu dalam pukul 8.20 p.m. Kitaorang pun kelam kabut bangun bersiap. Semangat weh semangat!

Pergi stadium naik motor merempit dengan Koman. Pergi aku bawak, balik dia pulak bawak. Masa pergi aku memang bawak motor macam orang gila sikit laa ala ala mat rempit. Habis bonggol dengan lubang aku langgar. Hahaha. Koman dekat belakang dok maki maki cakap sakit bontot. Ahh aku tak peduli janji sampai stadium tepat pada masanya. Gilaa kejam! Kahkahkah. Sampai ada satu mamat motor ni potong motor aku sebab nak tengok muka. Lepas tu dia cakap "huishh perempuan tuu". 

Sampai je stadium, game dah start. Alahh tak sempat nak tengok dari mula. Ni nak kena beratur beli tiket lagi, nak beratur nak masuk stadium lagi. Elok dah masuk stadium nak naik tangga , tetiba dorang sorak. Taktahu goal ke apa. Aku dengan Koman blurr. Hahaha. Screen dekat stadium pulak rosak so we didn't know how many goals both team scored. Kitaorang sempat jugak tengok Perak scored satu Pahang scored satu. Aku dengan Koman ya yaa je ingat Perak 2 Pahang 1. Lepas referee tiup wisel tamat seperuh masa kedua, semua orang tak balik lagi and player pun rileks rileks dekat padang. Lagi sekali aku dengan Koman blurr. How many goals actually? Is it draw? Hahaha. Kesian gila dekat kitaorang tapi kitaorang stay jugak. Rupanya ada masa tambahan 30 minit sebab draw. Still no extra goal for extra 30 minutes . So bawak ke tendangan penalti pulak. And so sad Pahang wins on penalties 5-4 against Perak. Sedih weh! Balik dengan perasaan hampa dan suara serak sebab menjerit :(

Keeper Perak memang barai. Tolong lah tukar orang lain. Bola datang lerek pun tak dapat tangkap. Stricker pun lebih kurang je sepak bola macam pondan. Tapi defend Perak terbaik. Tak lupak jugak Ultras Perak (SSU) memang sempoii. Aku kalau datang stadium suka tengok chant dorang. Hihihi.

Tiket game semalam :)


Btw, good luck THE BOS GAURUS!

Monday, 20 January 2014

Dinner at Thumb's Cafe.

Jyeahhh. Semalam lepak Thumb's Cafe lagi. Happy me sebab orang belanja. Hihihi. Save my money! Act bukan save pun, aku memang dah takde duit. Hahaha. Buat muka kesian sikit terus ada orang nak belanja. Alahh bukan orang lain pun kan. Your future wife jugak kan kan kan? *gedik*

For those yang tak pernah pergi, you guys should try! Well decoration dalam cafe sangat unik. Bab makanan aku tak boleh nak komen sebab aku memang jenis tak pandai rasa. Bagi aku semua sedap. Yang penting lepas makan mesti mengantuk. Hahaha. Teruk gila perangai hang Syahidah! Harga pulak memang affordable. Hang kalau takat kerja bancuh air dekat kedai pun boleh datang makan. Haaa nampak tak betapa mampu bayar harga makanan dekat sini.

Dulu cafe ni sebenarnya dewan anak yatim tapi tapi dorang dah pindah tempat lain. So owner Thumb's Cafe sewa dewan dan ubahsuai jadi cafe. Great idea kan? Haaa jangan tak tahu dekat sini ada meatball macam dekat ikea. Kalau nak pergi ikea memang jauh la kan. Tapi sekarang dekat Ipoh dah ada. Rasa sedap jugak tapi tak boleh lawan rasa meatball ikea. Ada lagi satuuu, dekat Thumb's Cafe pun ada macarons Dato' Fazley Yaakob. Dia buat sendiri okayy. Tapi aku tak beli pun sebab aku menyampah dengan lagu dia yang choc cake. Eh ada kaitan? Hahaha.

Decoration cafe yang sangat unik
















Jangan lupa singgah!

Saturday, 18 January 2014

Tortie and Kiki.

Who are Tortie and Kiki? Siapakah Tortie dan Kiki? Adakah mereka sepasang kekasih? Nope! Adakah mereka bersahabat baik? Nope!

Hahaha. Act Tortie dan Kiki pernah jadi me and Koman's pet. But now they are gone already. Tortie dah mati while Kiki pulak kitaorang dah lepaskan dekat tasek Taman Botani. Kitaorang dah tak sanggup nak jaga Kiki sebab nakal sangat dan mempunyai nafsu makan yang melampau. Habis duit weh hari hari mintak Mcd. So we decided nak let her go supaya dia tahu betapa susahnya nak cari duit. 

We bought them masa belajar dekat Uitm dulu, kalau tak silap on November 2012. On that time kitaorang bosan tunggu abg kedai photostat tu buat kerja lambat sangat, kitaorang masuk laa ada satu pet shop ni dekat area Sidec. Pusing punya pusing dalam kedai tuu, *pappp!* terpandang laa mereka dan terus jatuh hati. Hahaha. Aku dengan Koman apa lagi terus beli dorang siap dengan akuarium ada pokok kelapa, soooo cutee! 

Hari hari tauuu main dengan dorang, bagi mandi siap beruskan badan, suapkan makan, jaga bagai menatang minyak yang penuh. Hahaha. Part tukar air akuarium aku dengan Koman gilir gilir. Everyday we have to change it! Kalau tak tukar, MasyaAllah sangat la busuk *faint* Dorang jenis yang degil taknak basuh berak sendiri. Huhhh! Luckily they got me and Koman yang rajin *wink wink* Haaaaa nak tahu tak kawan aku, Mas takut sangat dengan dorang. Aku selalu usik Mas nak letak Kiki atas badan dia. Hahaha. Apa lagi budak kecik tu menjerit lah sembunyi dalam toilet. 3 hari baru keluar. Okay penipu gilaaa! 

After finished sem 5, Koman bawak dorang balik rumah and then ayah Koman take turn jaga Tortie and Kiki sebab kitaorang nak praktikal time tu. Hihihi. Cute kann bila orang tua yang belaa. We got a bad news yang Tortie sakit. Dia langsung taknak makan. Semua makanan dihabiskan oleh Kiki. Jahat tauu Kiki! Few months later, Tortie mati. Yang paling aku tak tahan Pah dengan Mas beria nauu pujuk Koman supaya stay strong. Siap bagi kata kata semangat. Kahkahkah. Sumpah kelakar. Bukan aku tak sedih tapi dorang over sangat. Hahahaha. Ayah Koman jaga lah Kiki sampai dia besar dan tak muat dah nak duduk dalam akuarium cute tadi. After make a discussion sampai bertumbuk dua tiga kali dengan Koman, kitaorang pun decide nak lepaskan Kiki on November 2013. Goodbye Kiki! Jadilah insan yang berguna. 

TAAADAAA! Presenting Tortie and Kiki.
Love both of you!


Friday, 17 January 2014

Upcoming trip.

Assalamualaikum.

Haaaa hari hari nak update blog kan? Hahaha. Suka hati lahh. Baru ada blog, nanti dah lama mesti jarang update. Hihihi.

Trip trip trip hoorayyy! *excited gilaaa*
Yeahh because of CNY nanti ada cuti 3 hari kan so me and my girlfriends (Pah, Mas, Azie) decide nak pergi trip keeeeee Korea! #KeKoreaKeKita. Ehhhh tak tak acah acah je tuuu. Hahaha. Kemain lagi kan dengan hashtag ala ala Wak Doyok. Apa barang pergi Korea kalau takat cuti 3 hari. Yang sebenarnya kitaorang pergi Penang jeeeeeeeee. Jadi lah kan daripada tak bercuti langsung. We are sooo looking forward this trip because this is our first trip after finished our study. Sebulan awal kot planning. Nampak tak semangat masing masing. Heeee. Our trip is more to backpack style. Pergi nanti pun naik bas and mostly nak bergerak dekat sana guna public transport. Kitaorang takde la pun nak holiday santai santai tepi pantai pakai bikini opsssss! Hahaha. Kitaorang just nak explore more about Penang tambah tambah bab makanan. Dengaq ceghita makanan dekat Penang banyak yang sedap sedap. Haaaa ni yang ceq nak cuba try test tengok. Hahaha. Aku sebenarnyaa tak sabar jumpa diaorang weh! Rinduuuu! Okay lah. I will update later about this trip after kitaorang balik nanti. Just wait and see! :)

Take care people!

Thursday, 16 January 2014

Rezeki.

Assalamualikum.

Haiii! :) 
Got a good news semalam pasal kawan aku, Pah. She got a new job yang memang dia harap sangat. OMG! Best gilaa kan kalau kita dapat apa yang kita nak? How lucky she is. Me?? Taktahu lah bila kan *sobbing* Its okayyy teruskan berusaha dan banyakkan berdoa yaa syahidah. Maybe Allah belum nak bagi kan kan kan. So back to cerita kawan aku, well i think she deserves it. Sangat sangat layak. Nak tahu sebab apa? Haaa Pah ni memang rajin tak ingat laa habaq hangg. Masa belajar dulu dekat rumah sewa, dia lah yang akan tidur paling lewat dan bangun paling awal. Dia buat apa?? Study lah woii. Hahaha. Hebat kan? Kalau yang jenis macam aku kuat tidur ni tak dapat layan lah. Bukak buku 5 minit terus menguap. Sebab tu ada satu paper kantoi masa sem satu. Kahkahkah. Okay stop pasal paper kantoi tuu, jangan nak pergi canang dekat orang lain pulak. Well dengan berkat usaha gigih Pah masa belajar dulu tanpa mengenal erti tidur dan rezeki beliau, maka jadilah beliau seperti sekarang, mempunyai kerjaya yang bagus (skema hokkayyy). Hahaha. Congratulation dear! Muacks! Dengan kiss tuu, semoga Pah belanja breakfast dekat Hard Rock Cafe. Kihkihkih.

Cakap pasal rezeki, sape taknak kan dimurahkan rezeki? But ada a few lah aku tak cakap semua orang bangga sangat dengan apa yang dorang dapat. Ya mungkin dorang murah rezeki for example senang dapat kerja. But then nak kutuk kutuk orang yang still tak dapat kerja or yang kerja biasa. Terasa kottt! Kau ingat dorang nak ke macam tu?! Logically semua orang nak kerja bagus tapi belum ada rezeki. Yang kau pulak perli perli dekat twitter. Haishhhh rasa nak bagi penumbuk. Allah tarik balik rezeki tuu karang menangis tak berlagu pulak. So people, jangan ikut perangai macam someone tu erk. Allah dah tetapkan rezeki masing masing sama ada lambat atau cepat. Bersabar okayy! Ayuh tingkatkan usaha doa dan kurangkan mengutuk. Heeeee. 

Love you people!

Wednesday, 15 January 2014

Rindu setiap hari.

Assalamualaikum.

Pernah tak korang rasa rindu dekat someone sampai rasa nak koyak koyak jantung korang because of tersangat laaa rindu? For those yang pernah rasa mesti tahu sakit dia macam mana kan kan kan? It happened to me everyday. Yesssss EVERYDAY! Aku tersangat la rindu Ropidah binti Ismail, my late mum. Hanya Allah yang tahu. Its been a year two months mak aku pergi buat selama lamanya. Rasa macam tak percaya tapi itu la hakikatnya yang aku kena terima. Ajal maut semua ditangan Allah, nak taknak kita kena terima dan redha.

15/11/2012. Tarikh keramat yang akan aku ingat sampai bila bila. Act mak aku collapsed petang semalamnyaa but not sure whether masa solat zuhur atau asar. Masa maghrib jiran sebelah rumah yang perasan mak aku tak angkat kain dekat ampaian tak tutup tingkap dan tak pasang lampu. She called my mum few times but no answer. Jiran aku masuk dalam bilik and tengok mak aku dah tak sedarkan diri atas sejadah masih bertelekung. Then dorang hantar pergi klinik. Mak aku tinggal sorang dekat rumah since ayah aku meninggal on April 2011. Adik beradik yang lain pulak semua dah ada family sendiri kerja tempat lain and me, belajar dekat Uitm Sri Iskandar.

Aku dapat call dari kakak aku malam tu and she said mak pengsan kena tahan ward dekat Hospital Taiping. Aku macam terkejut gilaaaaaa sebab before this mak memang tak pernah sakit sampai masuk hospital dan baru semalam aku call mak aku suruh doa untuk test nanti. Kakak aku cakap nanti apa apa dia call balik. Mula mula aku ingat pengsan biasa so aku rileks lagi. Tapi dalam rileks tuu menangis jugak laa atas katil.

Dalam pukul 1 pagi abang aku call suruh siap nanti dia datang ambik. Aku pun kemas beg tunggu sampai tertidur. Pukul 3 baru dia sampai, then gerak Ipoh dulu hantar kakak ipar aku dan anak dorang baru gerak pergi Taiping. Sampai Hospital Taiping around 6 a.m aku tengok mostly adik beradik aku semua ada dekat sana. Aku ajak anak sedara aku teman pergi surau nak solat subuh. Masa tu aku tanya dia opah macam mana teruk ke? Dan jawapan yang buat aku sangat sangat terkejut. "Doktor cakap opah dah 50-50, dah tak boleh buat apa sekarang kena ready je kalau apa apa jadi". Ya Allah, perasaan yang tak dapat aku gambarkan. Sebak yang teramat sangat tapi aku control tak nangis lagi.

Dalam pukul 8 a.m aku naik tengok mak aku. Masa aku sampai aku tengok mak aku memang dah nazak. Bernafas pun guna alat bantuan penafasan. Kakak aku terus pegang tangan aku dan cakap sabar banyak banyak. Aku apa lagi terus berjurai jurai airmata keluar. Aku tunggu mak sepanjang hari tuu. Aku tak sangup tengok mak aku terseksa macam tu. Dah tak tahan sangat, aku pergi surau solat zohor solat sunat aku doa ya Allah ya Tuhanku, aku dah tak sanggup tengok mak aku terseksa Kau sembuhkanlah dia dan kalau sudah ajalnya Kau ambillah dia, aku redha.

Lepas aku masuk balik tengok mak, doktor datang suruh family semua berkumpul. 30 minutes after that, mak aku pergi buat selama lamanya mengadap Penciptanya, Allah S.W.T. Dunia aku pada masa tu rasa gelap. Aku menangis sepuas puasnyaaaaaa. On that day, first time aku mandikan jenazah dari awal sampai akhir. Aku kucup dahi mak aku untuk kali yang terakhir.

Mak, semoga tenang disana.

Al-fatihah.

Tuesday, 14 January 2014

Today is the day.

Assalamualaikum!

Haiii good evening everyone. So today is the day aku baru nak berjinak jinak dengan dunia blog. Quite loser right? Booooo me! HAHAHA. Ada aku kesah pulak? :p Title agak cliche kekonon bermakna sangat la hari kau kann baru buat blog *tangan didada mata keatas*

Okayy let me introduce myself. Nama diberi NORSYAHIDAH BINTI MD NOR *malu malu* phuiii dah macam orientasi sekolah je aku tengok. Skema badak! Hahaha. Panggil aku anything yang korang nak panggil. Tapi bior leee elok sikit nickname tuuuu. Haishhh. But my uni friends called me dodot. Pelik kan? biar lantak dekat situ asalkan dorang happy. Kihkihkih. Ishh melalut pulak. Okay tahun ni umur aku bakal mencecah 23 years old. Bakal hokayy belum masuk lagi. Lagi beberapa bulan. Hihihi.

I think ini je la kot. Tak payah nak tahu lebih lebih. Kalau nak tahu jugak stalk la aku dekat fb twitter ig haaa kemain promote. Hahaha. Takde la gurau je la mengkome. K thats all for today.

Goodbye people!