Friday, 14 February 2014

Kisah hidup yang sedih.

Kau rasa hidup kau susah?? Sebenarnya ada lagi yang susah dekat luar sana. Nak makan pun tak mampu. Yaa aku bersyukur sangat dengan hidup aku walaupun tak sekaya dan semewah orang lain.

Tapi kadang kadang rasa sedih dan perasaan untuk berputus asa dalam hidup selalu ada. Aku hanyalah gadis yang dulu bergantung harap dengan ibubapa. Tapi sekarang semua tidak lagi selepas perginyaa mereka buat selama lamanya. 

Orang sekeliling tidak jemu memberi kata kata semangat untuk terus aku kuat. Tapi sampai bila aku kuat? Ada masanya aku jatuh jugak. Tak semudah itu untuk terus kuat.

Hidup aku memang nampak gembira sentiasa. Tapi ada orang tahu keadaan aku apabila aku terjaga tengah malam sebab termimpikan arwah mak, bangun tidur hidup rasa sunyi. Tak ada seorang pun yang tahu. Aku tak menangis depan orang. Konon nampak tabah dan kuat. Hakikat bilik air jadi saksi. Setiap kali mandi!

Soal kerja, aku berharap sangat dapat kerja lain. Sementara nak dapat kerja lain aku perlu bertahan disini. Aku tak boleh selenang lenangnya berhenti kerja dan balik kampung. Tak ada siapa yang akan tanggung aku. Ingat kau bukan macam orang lain yang masih ada mak bapak. Macam mana susah kena maki, dibuat macam kuli aku tetap kena bertahan. Sebab takkan ada yang peduli kau kena maki ke apa. Yang penting kau ada kerja dan duit untuk tanggung diri sendiri.

Kadang aku punya sedih tak tahu nak gambarkan macam mana. Masa tengah makan pun aku boleh menangis. Makan kan sesuatu yang menggembirakan tapi bagi aku sedih sebab aku terlalu pikir masa depan aku. Aku selalu rasa macam aku hidup keseorangan dalam dunia. Sebatang kara tak ada siapa peduli.

Entahlah.  

Thursday, 6 February 2014

Dinner date with girlfriends.

Hari rabu last week, Ikah dengan Leen datang ambik aku dekat Ipoh nak balik Lenggong. Yeayyy! :D Rajin betol Leen. Heeee. Tapi elok sangat la pun sebab aku bawak balik bakul besar baju kotor. Takkan nak naik bas pulak kan. Memang tak laa! Lagi satu sebenarnya Leen nak makan dekat Thumb's Cafe. Pandai dia kekonon baik hati nak ambik aku tapi sebenarnya ada agenda lain. Hahaha. Eh tak, sebenarnya Leen memang baik pun *muntah hijau*

The next day, Ikah sent me back to Ipoh. Wahhh, bestfriend saya semua baik hati ;) Hihihi. Lagipun Ikah nak ambik cupcake dekat rumah Angah dia dekat Gunung Rapat then hantar dekat rumah kakak kawan dia dekat Tambun. Petang tu Leen rushing balik KL hantar bf dia dekat hospital, had a emergency case so she cant's join us. Me and Ikah gerak pergi Ipoh around 6.30 p.m. after enjoyed our laksa dekat kedai mat kuai. Serious sedapppppp gilaaaaaa! Aaaa sekarang pun teringin *drooling*. Siap tapau untuk Rizal sekali. Sampai dekat rumah angah Ikah around 7.40 p.m. but then Leen called, dia ada dekat area Ipoh and she said she wants to join us. Kitaorang suruh dia tunggu dekat RnR tol ipoh. Sampai sana, tukar naik kereta Leen and kereta Ikah tinggal. Lepas hantar cupcake dekat Tambun plus laksa Rizal tadi dekat rumah dia, we went to El Negra Bistro + Studio for dinner. Yeayyy makan timeeeee :D But too bad, food semua dah habis only have chicken sandwich. We just ordered one set chicken sandwich and tiramisu. For drink, me and Ikah ordered chocolate iced and Leen, latte iced. The chicken sandwich  sangat sedap! For me laa, taktahu taste orang lain macam mana kan. After finished our food and snap snap picture session, kitaorang pun balik hantar Ikah dekat kereta. Ikah balik Lenggong dan aku dengan Leen balik rumah sewa aku sebab Leen too tired nak balik Lenggong or maybe she wants to spend more time with me. Kihkihkih :p


















p/s : gambar semua dekat El Negra, dekat Thumb's tak upload.